Bahasa untuk entri kali ini, agak kasar..
Hanya berkaitan dengan yang hidup ja..Yang mati takde kaitan..
Ada lah 2-3 hekor yang tak puas hati dengan aku yang jelita ni.. @__@
Secara kiasan, diorang cakap aku ni lupa diri..
Nak tulis blog pun nak pakai bahasa inggeris..
Kalau BI hebat tak pe la..Ni grammar pun kucar kacir..
*ewwah cak lempong..korang dah macam chekgu BI ye??*
Sedangkan bloggers yang lain yang maha hebat dari aku pun pandai pakai bahasa ibunda..
Ehemmm...
Sebab-Sebab Aku Pakai Bahasa Inggeris
1. Ni blog haku kotttt..Suka hati tok nenek aku la nak pakai bahasa inggeris ka, bahasa melayu ka, bahasa tamil ka..
2. Masa daftar blogspot dulu, takde pulak aku baca terms & conditions "orang melayu mesti tulis melayu, orang cina tulis cina bla bla bla". Ke ada? aku yang tak perasan? Sebab asyik dok perasan diri ni mat salleh sampai tak perasan benda lain.. >___<
2. Suka hati aku la nak feeling-feeling omputih ni...Korang tanggung aku bulan-bulan ke??
3. Ni kes jarang baca blog aku la, sedap ajinamoto je nak hentam. Blog aku DWI-Bahasa..Ada kala aku pakai BM, adakala BI..
4. Time ni la aku nak improve penulisan BI aku bengong...Kalau feeling-feeling omputih dalam diari, mana ada orang baca? Bila tak ada orang baca, memang jahanam lah kita nak meningkatkan tahap penguasaan kita. Penah dengar "practice makes perfect"? Ni mesti tak penah dengar kan??Kesian..Ni lah Melayu, baru cakap BI skit, dah tuduh berlagak. Ni baru tulis BI, dah kena tuduh lupa diri pulak. Padahal aku ni 24/7 cakap Melayu..Kalau suruh cakap BI, memang jadik beruk la aku..Dok "ukkk..ukkk"
5. Aku tulis blog bukan nak famous or jadik maha hebat macam orang lain, aku tulis untuk kepuasan sendiri. Dah ada sorang dua readers, dah sangat mencukupi untuk aku bersemangat menulis. Sebab tu kalau tengok entri-entri aku, sangat kecah. Kejap topik ni, topik tu..Sebab aku tulis ikut apa yang aku nak tulis.
Agak-agak tak berkenan dengan aku yang super jelita ni, yang pegi jenguk blog aku buat apa?? Tambah dosa korang je mengata aku..Tu ha atas tu, besar je tanda X..Klik lah..Bukan susah pun.
Dah dua tahun aku tulis blog, ni je followers aku
Kalau cita-cita aku nak jadik famous blogger, followers sebanyak ni dah boleh buat aku terjun bangunan. Majoriti followers kawan-kawan pulak tu..
Tapi ada aku stop? Tak kan?
Ni lagi loser..Sorang je follower, tapi aku dah cukup bangga sebab tuan punya badan sanggup follow padahal dia bukan minat sangat pasal hal-hal muka..
Kepada 2-3 hekor tu, sila la rasa pedas sebab aku dah tenyeh cili padi kaw punya kat mulut korang. Tak payah jenguk, aku tak koma pun kalau korang tak datang singgah. Aku kan melayu lupa diri..
Tamat sudah entri *90% BM-10% BI* aku..
p/s: Korang mengata la aku sebakul pun, aku takkan stop or private kan blog aku..Ajak kawan-kawan lain skali..Seronok jugak bagi orang lagi sakit hati tengok aku feeling-feeling mat salleh..
Hahahahahahahaha...
Eh? Seronok pulak tulis entri marah-marah ni..
*saiko*
Babai..
Nak minum Chatime sambil tengok Super Junior yang kacak..