Tuesday, July 17, 2012

Unbagging My Bag

Ini adalah entri yang bosan kerana tiada idea yang hendak datang mencurah-curah..
Setitis pun takde..
Siapa yang kenal aku, confirm tahu dah beg aku galas, besar gedabak..
Baling anjing konfem arwah on the spot..
Diorang selalu heran apa la yang aku usung ke hulur ke hilir banyak sangat..
Dah macam nak lari rumah pun ada..
Aku memang tak boleh tengok orang galas handbag kecik-kecik ni..
Yang muat-muat tepon dengan purse je..Sakit mata tengok..
*abeh yang lain tak saket mata la tengok beg kau yang besar macam nak balik kampung tu?*
Bagi aku, lagi besar beg tu, lagi bahagia..
Macam-macam tok nenek aku boleh bubuh dalam tu..
Kalau boleh letak mini-lemari dalam tu, lagi bagus..
Perangai ni turun dari ibu aku..
Kalau dia balik Shah Alam, sampai mendaplah kete bapak aku dia sumbat.
Habes segala toto, bantal, paket serbuk kari pun dia bawak.
Macam dekat rumah atok aku tu kosong takde ape..
Kalau dia boleh sumbat almari dalam Exora tu, rasanya dia sumbat dah..
Dah cukup la aku berleter ni *turun Ibu jugak @__@*..
Meh tengok ada apa dalam handbag aku ni..Besar sangat ni..

Memperkenalkan beg gedabak aku...


Murah je ni..Jenama cap ayam. Beli kat The Mines. Tapi aku suka warna dan saiz dia..Tengok pun tahu, kembang semacam je.. >__<


Purse. Ini adalah satu keperluan untuk letak duit yang berkepuk-kepuk ni *feeling macam duit banyak padahal penuh habuk* .
Hadiah birthday 2 tahun lepas. Meh la kita tengok masa dia tengah baru putih berseri lagi. Sekarang dah berdanok. Tapi purse Carlo Rino memang tahan lasak. Aku ni pulak tak pandai jaga barang. Berbaloi.



Dah nama perempuan kan?? Mesti lah ada keinginan untuk sentiasa jelita macam Kim Jungah (After School) *deluded again*..Jadi akan membeli segala jenis alatan ni untuk menjadikan muka lebih palsu. Hahaha..

1. Hand Lotion - Etude House punya. Aku suka sebab dia anti-germ. Bau pun ok-ok je la..
2. Sanitizer - Aku ni GILA sanitizer. Keluar toilet, sanitize, lepas makan, sanitize, bosan-bosan, sanitize.. Sampai berjaya mempengaruhi kawan-kawan untuk pakai sanitizer jugak..Hahaha..
3. Face Mist - Muka cepat terbakar and jadi merah-merah udang..Jadi sembur la cooling mist ni untuk elak orang tersalah sangka aku ni udang bakar yang gemuk manis.
4. Lipbalm - Bibir cepat kering. Tak seksi wey tengok merekah-rekah ni..Mesti mau mungil.
5. Lipstick - nude color, untuk kegunaan harian
6. Lipstick - warna merah bata. Bukan untuk kegunaan harian. Dari jauh dah nampak bibir aku.
7. 2-way cake - untuk touch up
8. Eyeliner - Untuk touch up jugak
9. Pelembab muka - Kalau korang ada baca post ni, memang dah tahu la aku akan usung pelembab ni merata. Sebab pelembab ni boleh kurangkan pedih melecur dan buat luka tu tak mengelembung dan tinggal kesan parut.
10. Blotting Film - Kalau dah kulit ni berminyak dan cukup untuk menggoreng pisang, ini adalah satu keperluan.


Hambek kau..Sampai 3 buku nota.
1. Segala info penting macam macam no telefon, jadual kerja etc
2. Untuk idea blog. Serious, idea blog ni dia datang time tak tentu hala. Kadang-kadang tengah buat labwork, boleh datang idea, kadang-kadang dalam tandas pun idea datang. So mesti cepat-cepat tulis dalam buku. Kalau tak, confirm lupa. Yela, tuan badan dah makin berumur. *gaya nenek*
3. Aku punya cash organizer :)
Sebenarnya, keinginan hati nak letak 1 kotak pensil, tapi tengok gaya beg dah macam nak meletup bila-bila masa, terpaksa lupakan hasrat dan ikat dengan getah je.


Card organizer. Aku ni gila kad. Habes semua aku apply. ;p Kononnya nak kutip point.


Penyelamat dikala rambut dilibas angin. Sebab rambut aku ni takleh guna jari saja. Mesti mau sikat. Kalau tak, dah boleh geng dengan Cik Pon.



Beg ni beli kat Daiso. Tak sia-sialah kunjungan aku ke Daiso. Berguna jugak beg ni. Ni lah tempat aku simpan pengarang jantungku. External hardrive. Dalam ni la tersimpan segala video klip HD Super Junior, Nu'est, After School etc untuk tontonan harian. Sesi mencuci mata tengok jejaka kacak dan perempuan cantik. *Ehem* Dan juga segala draft thesis, progress report, gambar-gambar hasil kajian *macam terlupa sekejap*. Dengan kata lain, kalau hilang la external ni, maka hilang la separuh nyawaku. >__<


Peneman setia. MP3 player. Dah buruk sebab aku lanyak pakai benda ni. Kalau terlupa bawak, mesti duduk tak diam. Rasa macam tak pakai baju datang kerja @_@

Me : *fidget* *fidget*
A : U kenapa?
Me: Takdak apa. *fidget* *fidget* *fidget* *fidget* *fidget* *fidget**fidget* *fidget*
A : Yah! Jugulhe?! (mau mati ka?? in korean) *peh!terus speaking korea*(mata berapi) *sebab tak tahan tengok aku dok tak diam sepanjang hari*



Tepon nak sampai dua. Sebab bajet fofular. Susah betul asyik perasan artis je ni. Hahaha..

Sekian sudah sesi memunggah beg.
Jumpa lagi di sesi memunggah akan datang.
*tak malu betul punggah beg sendiri*