Tuesday, November 12, 2013

Calon-Calon Telefon Bimbit Kacak Untuk Cik Malia

Cik Malia telah memberi tanggungjawab yang berat kepada saya untuk mencari calon-calon henpon yang kacak untuk beliau...

Kriteria adalah seperti berikut:
1. Bawah RM900.
2. Kualiti camera ibarat mempunya body six packs, sedap mata memandang.

Setelah selesai sesi temuduga, inilah senarai calon-calon tepon yang kacak bergaya untuk Cik Malia kita ni.

Sebelum menjamu mata, ingin saya tegaskan bahawa harga-harga yang tertera adalah harga untuk original set a.k.a suggested retail price. Tawar menawar bersama 'ibu bapa' henpon adalah sangat digalakkan. Calon - calon telefon adalah jenis model baru dan masih hangat di pasaran *rasanya >_<*

Kriteria saya untuk survey:
1. Mesti lagi hensem bergaya dari tepon lama Cik Malia
2. Kamera 5 MP ke atas
3. Paparan skrin jelas. Bukan kelabu kelabu asap macam dulu.

Saya survey pun cara gegulz gitu:
1. Tengok saiz dulu *saiz kecik tak layan, nanti orang tak nampak*
2. Warna *ada warna special tak, pinky pinky or reddish reddish (bukan radish sayur tu)..Warna yang orang tengok, mesti jadi bualan ramai*
3. Camera. Paling penting! Gambar jelas ke tak. Kamera depan cantik ke tak. Sebab nanti nak tangkap gambar mulut itik banyak-banyak and then taruk kat fesbuk dengan harapan dapat banyak likes -___-""
4. Boleh download apps macam FB, Twitter, Instag, Whatsapp etc etc.. *senang nak upload gambar mulut itik, Check-In, tangkap gambar makanan then post kat Instagram, weChat dengan Dato' K*

Memang tak tengok la istilah-istilah macam "Qualcomm® Snapdragon™ 800 processor with 2.2 GHz MSM8974 quad-core CPUs" atau "UMTS HSPA+ 850 (Band V), 900 (Band VIII), 1700 (Band IV), 1900 (Band II), 2100 (Band I) MHz, GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900 MHz, LTE (Bands I, II, III, IV, V, VII, VIII, XX)" atau "Powerful 1.2 GHz Quad-core processor" sebab sumpah tak paham. Rasa dah macam gi kelas matematik je bila tengok istilah ni *berpeluh O_o*


Calon-calonnya adalah:

Sony Xperia C


Retail Price: RM999.00
Camera: 8 MP
Display: HD, 5.0 inci
Platform: Android Jellybean 4.2.2
Berat: 153g

Best Kau
1. Model baru. Ala-ala anak ikan gitu.
2. Paparan skrin cantik dan jelas
3. Camera 8MP.. *haaa, segala bintik-bintik muka dijamin jelas kelihatan*
4. Bateri tahan lama (lebih kurang 588 - 605 jam, standby mode)
5. Berwarna warni gitu (hitam, putih atau purple)
6. Boleh sumbat 2 sim kad
7. Audio best *ada WALKMAN app*
8. User-friendly *tambah-tambah bakal ex-tepon pun Sony, lagi senang*

Macam Tak Best Kau
1. Harga RM999.00 *terlebih RM99, tapi kalau ada sesi tawar menawar, mungkin boleh dapat RM900.00*
2. Macam berat (153g,mungkin baling anjing, koma on the spot)
3. Front camera VGA je, potong stim nak fotogedik muka sendiri
4. Internal memori 4gb je.. *tapi boleh tambah memori kad*
5. Agak gedabak

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Samsung Galaxy S3 Mini

Retail Price: RM999.00 *ada sumber tak rasmi menyatakan bahawa harga mungkin lebih rendah sebab tepon ni model yang agak berumur*
Camera: 5 MP
Display: Amoled, 4.0 inci
Platform: Android Jellybean 4.1
Berat: 120g

Best Kau
1. Screen amoled, amoled, moled, moled, aaamoled *samsung's prized technology* ..Memang cantik.
2. Memory besar, 8gb. Pun boleh tambah external memory card.
3. Senang pakai, user-friendly
4. Warna: Putih atau biru (biru sangat ohsem, kacak bergaya ok)
5. Ringan (120g) dan kecik comel tapi masih power.

Macam Tak Best Kau
1. Bateri tahan 360-460 jam ja *bahagi sendiri, macam malas..hehe*
2. Camera 5 MP *ok jugak tapi tak tinggi macam Sony Xperia C la*
3. Front camera VGA *again, potong mood bergambar shiok sendiri*

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Samsung Galaxy Grand Quattro


Retail Price: RM849.00 - RM999.00
Camera: 5 MP
Display: TFT, 4.7 inci
Platform: Android Jellybean 4.1
Berat: 144g

Best Kau
1. Boleh sumbat 2 sim kad *untuk yang boleh sumbat 4 sim kad, tunggu kita reka dua..>__<*
3. Screen besaq gila dan puas hati (pat point tujuh inci)*nak buat cermin sapu gincu pun boleh*
4. Memory 8gb (internal), boleh tambah memory card.
5. Warna : Ceramic White atau Titan Grey *nama pun bergaya, titan gitew*

Macam Tak Best Kau
1. Agak besar and berat (144g), setengah orang mungkin tak minat
2. Front camera VGA, tak sesuai untuk orang yang mempunyai hobi obses dengan diri sendiri.

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Sony Xperia L


Retail Price: RM899.00
Camera: 8 MP
Display: TFT, 4.3 inci
Platform: Android 4.1
Berat: 137g

Macam Best Kau
1. Camera 8 MP, dijamin segala bijik ruam dimuka dapat dirakam jelas.
2. Memori 8gb, boleh tambah memori kad.
3. Tiga warna: Putih, merah dan hitam.

Macam Tak Best Kau
1. Bateri tahan 454 - 498 jam je :(
2. Front camera VGA. Vengang jugak la. Macam mana nak tangkap kecantikan diri sendiri ni?

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Samsung Galaxy Ace 3


Retail Price: RM755 - RM855
Camera: 5 MP
Display: TFT, 4.0 inci
Platform: Android Jellybean 4.2.2
Berat: 120g

Macam Best Kau
1. Ringan dan saiz sedang-sedang. Tak gedabak yang tahap boleh buat halau anjing.
2. Memori 8gb, boleh tambah memori kad.
3. Tiga warna: Putih, merah (incoming) dan hitam.

Macam Tak Best Kau
1. Bateri tahan 430 jam je :(
2. Front camera VGA. -___-"" *malas cakap*

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Sony Xperia M



Retail Price: RM749.00
Camera: 5 MP
Display: TFT, 4.0 inci
Platform: Android Jellybean 4.1
Berat: 115g

Macam Best Kau
1. Ringan uolls *baling anjing pun anjing gelak balik*
2. Berwarna-warni cenggitu : Putih, hitam, purple dengan kuning *err, mungkin kuning tu agak jambu ayaq sket, tapi boleh jugak dijadikan trademark Malia*
Contoh: Dari jauh, sudah kelihatan henpon Malia. *ok fine saya melalut*
3. Bateri tahan lama (552 jam).*kalau compare dengan yang lain kecuali Xperia C*

Macam Tak Best Kau
1.Front camera VGA hanya untuk video call sahaja. Tepon ni memang untuk elak obsesi dengan kejelitaan sendiri.

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak baca istilah matematik, klik bawah:

Cik Malia, keputusan di tangan anda dan jugak Dato' K I. Dato' K II soh beli Samsung Grand Quattro.

Saya tak cover jenama lain sebab:
1. Nokia (majoriti pakai platform Windows, tak familiar sangat)
2. HTC (harga agak mahal)






No comments:

Post a Comment